Rabu, 16 Desember 2009
1. Minum banyak air...minum..minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesehatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2. Bersenam ! Baik utk kesehatan..baik utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, coba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesehatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa merokok??pngen kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sehat dan berpenyakit..pasti org lebih memilih sehat, kan??
4. Tidur yg cukup...Jgn asyik berjaga waktu malam...tak baek tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang make up. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 make up melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih
6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab pngen kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salon, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.
8. Jauhkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah musik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
10.Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
0 komentar:
Posting Komentar